Pastinya penduduk Kampung Git merasa amat bertuah kerana Kampung Git terpilih untuk menganjurkan bersama dengan Majlis Perbandaran Padawan majlis penutupan hari keluarga 1Malaysia yang bertemakan Utamakan Keluarga.

Majlis ini telah dirasmikan oleh Yang Berhormat Datin Hajak Fatimah Abdullah, Menteri dipejabat Ketua Menteri, Negeri Sarawak.

Ketua Kampung Kampung Git tidak ketinggalan juga menyampaikan sepatah dua kata untuk menyemarakan semangat warga Kampung Git disamping merakam ucapan terima kasih diatas keprcayaan MPP memilih Kampung Git untuk bersama sama menganjurkan majlis sebegini.

Kedatangan Yg. Berhormat disambut meriah oleh semua warga Kampung Git. Belia dan Beliawanis tampil segak bergaya mengenakan baju rasmi Kelab Belia/Beliawanis. Kaum ibu juga enggan mengalah dengan mengenakan baju rasmi mereka yang tampil berani dan berdikari dalam warna merah menyala. Ahli Kelab Kebudayaan pula bersungguh sunguh menghiburkan setiap tetamu yang datang pada hari tersebut.