Cogan Kata Belia Kpg Git

" UNION BRING BRILLIANT OPINION "

Sunday, August 8, 2010

MAJLIS PENUTUPAN KELUARGA SATU MALAYSIA, UTAMAKAN KELUARGA DI KPG GIT, BATU 17 JALAN PUNCAK BORNEO, KUCHING SARAWAK

Pastinya penduduk Kampung Git merasa amat bertuah kerana Kampung Git terpilih untuk menganjurkan bersama dengan Majlis Perbandaran Padawan majlis penutupan hari keluarga 1Malaysia yang bertemakan Utamakan Keluarga.
Majlis ini telah dirasmikan oleh Yang Berhormat Datin Hajak Fatimah Abdullah, Menteri dipejabat Ketua Menteri, Negeri Sarawak.
Ketua Kampung Kampung Git tidak ketinggalan juga menyampaikan sepatah dua kata untuk menyemarakan semangat warga Kampung Git disamping merakam ucapan terima kasih diatas keprcayaan MPP memilih Kampung Git untuk bersama sama menganjurkan majlis sebegini.Kedatangan Yg. Berhormat disambut meriah oleh semua warga Kampung Git. Belia dan Beliawanis tampil segak bergaya mengenakan baju rasmi Kelab Belia/Beliawanis. Kaum ibu juga enggan mengalah dengan mengenakan baju rasmi mereka yang tampil berani dan berdikari dalam warna merah menyala. Ahli Kelab Kebudayaan pula bersungguh sunguh menghiburkan setiap tetamu yang datang pada hari tersebut.





Dewan Serbaguna Kampung Git yang menjadi saksi berlangsungnya acara Majlis Penutupan Hari Keluarga 1Malaysia, Utamakan Keluarga. Inilah pusat perkumpulan penduduk Kampung Git yang menjadi kebanggan setiap penduduk kampung.
Para tetamu dihiburkan dengan persembahan kebudayaan dari penduduk Kampung Git yang diterajui Kelab Kebudayaan Kampung Git.
Semua bangkit menyanyikan lagu Negaraku sebagai tanda hormat kepada Negara kita Malaysia.
Penonton bersorak menyaksikan persembahan kebudayaan yang pastinya mencuit hati dengan gelagat anak muda Kampung Git.
Tarian 1Malaysia yang dipersembahkan memang menepati konsep Keluarga 1Malaysia yang disambut pada hari tersebut. Rupa rupanya ramai bakat terpendam di Kampung Git.
Tarian lincah anak anak kecil ini pastinya mencuit hati semua hadirin. Sesungguhnya bakat yang diasah dari kecil akan lebih menyinar bila sudah tiba waktunya.
Ahli Kelab Kebudayaan Kampung Git yang memainkan alat muzik tradisional Kaum Bidayuh disamping mempersembahkan tarian suku kaum Bidayuh.

Antara acara yang dirakamkan sekitar majlis.
Yg. Berhormat menandatangani buku rasmi lawatan beliau ke Kampung Git.

Acara memotong Kek Keluarga 1Malaysia. Pastinya ibu ibu berkebaya merah sangat teruja dapat bersama sama dengan Yg. Berhormat dalam acara rasmi sebegini.
Belia/Beliawanis, Kaum Ibu dan Ahli Kelab Kebudayaan Kampung Git sama sama tidak mahu melepaskan peluang bergambar kenangan dengan Yg. Berhormat Datin Hajah Fatimah Abdullah sebelum beliau berangkat pulang. Pastinya ianya akan menjadi suatu memori yang indah buat semua warga Kampung Git kerana peluang sebegini sangat jarang ditemui.
Ragam belia Kampung Git sekitar hari majlis. Gurau senda dan sakat menyakat sudah menjadi sebahagiaan daripada kehidupan penduduk kampung amnya belia. Kemesraan beginilah yang diinginkan untuk terus menghiasi kehidupan penduduk kampung demi untuk sama sama memajukan Kampung Git.